Thursday, September 19, 2019

BEBANAN KERJAYA GURU

BEBANAN KERJAYA GURU

antara masalah yang berkaitan dengan bebanan kerjaya guru

kita sedia maklum bahawa dari dulu sehingga sekarang beban yang dipikul oleh seseorang individu yang bergelar guru amatlah berat dan banyak juga guru yang merungut kerana diberi tugasan yang tidak sepatutnya para guru lakukan.

Beban Guru Meliputi Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Sekolah Teknik dan Politeknik’, beban tugas guru dibahagikan kepada lima bidang iaitu:
1.    Urusan data, fail, buku rekod dan laporan seperti  Pemprosesan maklumat guru, pelajar dan sekolah ,Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), stok mata pelajaran dan bengkel , Penilaian kerja kursus mata pelajaran untuk peperiksaan ,  Penilaian lisan berasaskan sekolah (PLBS) , Buku Nilam Sekolah  ,Laporan Adab Belajar,    Baitulmal dan biasiswa,  Laporan guru bertugas,  Urusan disiplin pelajar, Urusan pusat sumber.

2.    Pentadbiran seperti Pegawai pinjaman di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat,Pendidikan Daerah , Pengurusan pentadbiran , Kutipan yuran dan pelbagai   Guru kelas 

3.  Kurikulum  seperti Jenis peperiksaan, Program sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran, Kertas kerja kajian tindakan,  Panitia Mata pelajaran,  Pentaksiran Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) ,Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM), Aspek keselamatan & perlindungan guru dan pelajar 

5.    Hal Ehwal Murid (HEM)  seperti Urusan HEM Sekolah Menengah Berasrama 

Laporan kaji selidik yang telah dijalankan pada 1 Jun 2005 menunjukkan bahawa tugas guru meliputi pelbagai bidang, namun tugas yang dijalankan lebih tertumpu kepada tugas pentadbiran. Menurut Setiausaha NUTP, Lok Yim Pheng, berkata pihaknya risau apabila mendapati kira-kira 60 peratus tugas guru kini membabitkan kerja pentadbiran. 
Masalah beban tugas guru tidak pernah ada pasang surutnya. Pada 30 Mac 2010, NUTP telah membuat aduan mengenai beban tugas guru. Perjumpaan bersama pihak NUTP dengan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilaporkan dalam Berita Harian, 1 April 2010. Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Mengkaji Beban Tugas Guru. Jawatakuasa itu dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Don dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil NUTP bertujuan untuk mengenal pasti tahap keseriusan isu dan mengenal pasti punca masalah berkenaan dan mencari penanda aras yang boleh diguna pakai bagi menyelesaikannya.
video berkenaan dengan langkah menyelesaikan isu bebanan kerjaya guru

Sehingga hari ini, tugas guru semakin bertambah dari hari ke hari. kini, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang begitu meluas, tugas guru menjadi semakin mencabar. Guru merasakan tugas mereka semakin berat kerana mereka perlu menjalankan tugas yang tiada kaitan dengan tugas guru iaitu mendidik seperti tugas pengkeranian yang lebih menjurus kepada tugas pengurusan dan pentadbiran.
Beban tugas mendatangkan pelbagai kesan kepada para guru dan juga bidang pendidikan itu sendiri. Jika kita lihat, guru pada hari ini bukan hanya bertugas sebagai pendidik di dalam bilik darjah, malah guru turut bertugas sebagai kerani, setiausaha, bendahari, jurujual, jurutaip, juruhias, dan sebagainya. kesan beban tugas yang terlalu banyak  kadangkala memaksa guru bekerja lebih masa. Guru juga mendapat kurang waktu berehat  apabila dipanggil menjalankan pelbagai aktiviti pada hari Sabtu.
walau bagaimanapun, isu bebanan guru ini haruslah ditangani dengan segera dan pihak kementerian harus turut bekerjasama dalam menanggani perkara ini dari berlaku berterusan sehingga boleh menyebabkan para guru stres dengan kerja mereka. 


No comments:

Post a Comment