Thursday, September 19, 2019

BEBANAN KERJAYA GURU

BEBANAN KERJAYA GURU

antara masalah yang berkaitan dengan bebanan kerjaya guru

kita sedia maklum bahawa dari dulu sehingga sekarang beban yang dipikul oleh seseorang individu yang bergelar guru amatlah berat dan banyak juga guru yang merungut kerana diberi tugasan yang tidak sepatutnya para guru lakukan.

Beban Guru Meliputi Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Sekolah Teknik dan Politeknik’, beban tugas guru dibahagikan kepada lima bidang iaitu:
1.    Urusan data, fail, buku rekod dan laporan seperti  Pemprosesan maklumat guru, pelajar dan sekolah ,Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), stok mata pelajaran dan bengkel , Penilaian kerja kursus mata pelajaran untuk peperiksaan ,  Penilaian lisan berasaskan sekolah (PLBS) , Buku Nilam Sekolah  ,Laporan Adab Belajar,    Baitulmal dan biasiswa,  Laporan guru bertugas,  Urusan disiplin pelajar, Urusan pusat sumber.

2.    Pentadbiran seperti Pegawai pinjaman di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat,Pendidikan Daerah , Pengurusan pentadbiran , Kutipan yuran dan pelbagai   Guru kelas 

3.  Kurikulum  seperti Jenis peperiksaan, Program sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran, Kertas kerja kajian tindakan,  Panitia Mata pelajaran,  Pentaksiran Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) ,Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM), Aspek keselamatan & perlindungan guru dan pelajar 

5.    Hal Ehwal Murid (HEM)  seperti Urusan HEM Sekolah Menengah Berasrama 

Laporan kaji selidik yang telah dijalankan pada 1 Jun 2005 menunjukkan bahawa tugas guru meliputi pelbagai bidang, namun tugas yang dijalankan lebih tertumpu kepada tugas pentadbiran. Menurut Setiausaha NUTP, Lok Yim Pheng, berkata pihaknya risau apabila mendapati kira-kira 60 peratus tugas guru kini membabitkan kerja pentadbiran. 
Masalah beban tugas guru tidak pernah ada pasang surutnya. Pada 30 Mac 2010, NUTP telah membuat aduan mengenai beban tugas guru. Perjumpaan bersama pihak NUTP dengan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilaporkan dalam Berita Harian, 1 April 2010. Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Mengkaji Beban Tugas Guru. Jawatakuasa itu dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Don dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil NUTP bertujuan untuk mengenal pasti tahap keseriusan isu dan mengenal pasti punca masalah berkenaan dan mencari penanda aras yang boleh diguna pakai bagi menyelesaikannya.
video berkenaan dengan langkah menyelesaikan isu bebanan kerjaya guru

Sehingga hari ini, tugas guru semakin bertambah dari hari ke hari. kini, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang begitu meluas, tugas guru menjadi semakin mencabar. Guru merasakan tugas mereka semakin berat kerana mereka perlu menjalankan tugas yang tiada kaitan dengan tugas guru iaitu mendidik seperti tugas pengkeranian yang lebih menjurus kepada tugas pengurusan dan pentadbiran.
Beban tugas mendatangkan pelbagai kesan kepada para guru dan juga bidang pendidikan itu sendiri. Jika kita lihat, guru pada hari ini bukan hanya bertugas sebagai pendidik di dalam bilik darjah, malah guru turut bertugas sebagai kerani, setiausaha, bendahari, jurujual, jurutaip, juruhias, dan sebagainya. kesan beban tugas yang terlalu banyak  kadangkala memaksa guru bekerja lebih masa. Guru juga mendapat kurang waktu berehat  apabila dipanggil menjalankan pelbagai aktiviti pada hari Sabtu.
walau bagaimanapun, isu bebanan guru ini haruslah ditangani dengan segera dan pihak kementerian harus turut bekerjasama dalam menanggani perkara ini dari berlaku berterusan sehingga boleh menyebabkan para guru stres dengan kerja mereka. 


Friday, August 30, 2019

kaum di Malaysia

kenali kaum yang ada di Malaysia.
sebahagian kaum yang ada di Malaysia

Negara kita Malaysia antara negara yang mempunyai masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Antara kaum yang ada di Malaysia ialah melayu, cina, india, iban, kadazan, bidayuh, kelabit, orang ulu dan sebagainya. Sebagai masyarakat Malaysia, kita haruslah selalu prihatin terhadap kaum-kaum yang ada disekeliling kita. Bak kata pepatah "bulat air kerana pembentung, bulat mausia kerana muafakat."
DEFINISI KAUM 
  •  Golongan orang sebagai sebahagian daripada satu bangsa yang besar; suku bangsa: Penduduknya yang terdiri daripada berbagai-bagai.
Kepentingan perpaduan kaum di Malaysia
  •  Mewujudkan masyarakat yang harmoni
  •  Dapat menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri amalan yang diamalkan oleh kaum yang ada di Malaysia.
  •  Kita dapat memajukan ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan di Malaysia,  penindasan terhadap ekonomi tidak akan berlaku.
  •  Untuk mewujudkan suasana yang aman dan damai.
  •  Menggekalkan kestabilan politik 
  •  Mengelakkan daripada berlakunya rusuhan kaum
KAUM DI MALAYSIA

  •  Kaum Melayu
    contoh pakaian kaum melayu

  •  kepercayaan : Agama Islam
  •  Bahasa : Bahasa Melayu
  •  Pakaian lelaki : Baju melayu, samping, songkok, dan pelikat
  •  Pakaian perempuan : Kebaya dan baju kurung
  •  Makanan : Nasi lemak, laksa, kuih koci, kuih melaka, kuih lapis
  •  Alat muzik : gendang, gamelan, gambus, kompang, rebana, canang
  •  Tarian : Inang, zapin, joget, asli, joget gamelan, tarian istana, asyik, timang burung
  •  Permainan : Batu seremban, galah panjang
  •  Perayaan : Hari raya aidilfitri, hari raya haji

Kaum Cina
contoh pakaian kaum cina

  • Kepercayaan : Agama Buddha, taoisme dan kristian
  •  Bahasa : Mandarin, hokkien, hakka, Teochew, dan kantonis
  •  pakaian : Hanfu, cheongsam dan sam fu
  •  suku kaum : Teochew, hakka, hokkien
  •  Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi dan dimsum
  •  Alat muzik : Gitar bulan, seruling, yangqin, pipa, erh-hu
  •  Tarian : Tarian kipas, tarian singa
  •  permainan : Catur cina
  •  perayaan : Tahun baru cina, chap goh mei dan pesta kuih bulan

Kaum India
contoh pakaian kaum india

  •  Kepercayaan : Agama hindu, Kristian dan islam
  •  Bahasa : Telugu, tamil, hindi dan malayalam
  •  Perayaan : Hari Deepavali, thaipusam, ponggal, vaigunda Ekadashi, krismas, hari raya                                dan onam
  •  Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti dan sarung
  •  Makanan : Tosai, idli, maruku, apam, kesari dan ladu
  •  Permainan : Kaudi
  •  Alat muzik : veena, dholak, sitar, tabla
  •  Tarian : Bharatanatyam, serimpi, shobana charanakumar, kathakali

Kaum iban
contoh pakaian iban

  • Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak.
  • Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar dan Sungai Rajang.
  • Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihormati.
  • Perayaan penting yang disambut oleh suku Iban adalah Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini.
  • kebiasaannya, kaum iban akan menarikan tarian ngajat semasa perayaan gawai. 
    • Tarian Ngajat merupakan tarian pahlawan tradisional bagi kaum Iban di Sarawak.
    • Tarian ini amat popular dan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu Ngajat Indu, Ngajat Bebunoh, Ngajat Lesong, Ngajat Semain, Ngajat Berayah dan Ngajat “Ngemai antu pala”.
    • Apabila menyambut Hari Gawai, sebelum berperang dan sebelum musim menuai, tarian ini dipersembahkan.
    • Penari lelaki digelar sebagai ‘keling’ dan penari perempuan pula digelar sebagai ‘kumang’.
    • Semasa menari, penari-penari akan memakai pakaian yang dinamakan ‘sirat’, ‘gagong’ ataupun baju burung. Gagong merupakan satu pakaian yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kulit beruang. Pakaian ini tidak dijahit kiri dan kanannya. Satu topi yang panjang yang dihiaskan dengan buru-buru burung juda dipakai.
    • Penari-penari akan menari tarian ini dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah serta melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang ditarikan adalah bersesuaian dengan upacara. Tarian Ngajat ini juga dapat ditarikan dengan memegang pedang pada tangan kanan dan perisai kayu yang berukir pada tangan kiri. Mereka akan menari seperti berhadapan dengan musuh dan menghayunkan badan ke kiri dan kanan.
    • Bagi membunyikan lagu iringan Tarian Ngajat, alat-alat muzik yang digunakan adalah seperti gong, gendang, bebendai, tawak, sapeh dan engkurumong.
    • Selain itu, untuk ber’Rayah’ sambil membawa tengkorak musuh, gendang Rayah telah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut Hari Gawai
Kaum Orang Ulu
contoh pakaian orang ulu

Orang Ulu ialah suatu gelaran ciptaan politik untuk mengumpulkan kira-kira 27 kelompok etnik kecil tetapi berbeza di Sarawak, Malaysia dengan populasi di antara kurang 300 orang hingga lebih 25,000 orang. Orang Ulu bukan merupakan istilah rasmi dan tidak wujud dalam Perlembagaan Malaysia. Istilah ini dipopularkan oleh satu persatuan minoriti yang dibentuk pada 1969 dan dikenali sebagai "Persatuan Kebangsaan Orang Ulu" (OUNA).
Antara kaum yang termasuk dalam kelompok Orang Ulu ialah Kayan, Kenyah, Kajang, Kejaman, Punan, Ukit, Penan, Lun Bawang, Lun Dayeh, Murut, Berawan dan Kelabit. Gelaran Orang Ulu, juga ditujukan khas kepada kaum-kaum tersebut kerana mereka mendiami di bahagian hulu Sungai Batang Rajang iaitu di Daerah Belaga. Alat muzik yang selalu dimainkan oleh orang ulu ialah sape. manakala bagi tarian, mereka selalu menarikan tarian datun julud.




Kaum Bidayuh
contoh pakaian kaum bidayuh




Kaum Bidayuh adalah masyarakat yang mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya Bahagian Serian, dan Kuching. Mereka terdiri daripada lima pecahan etnik iaitu  Selakau dan Lara (Daerah Lundu, Jagoi dan Singai (Daerah Bau), Biatah (Daerah Kecil Padawan), Bukar dan Sadong (Daerah Serian), Kuching Tengah , Bidayuh Baru dan Bidayuh Moden (Kawasan Tengah Antara Padawan Dengan Bau). Mereka kebanyakannya beragama Kristian. Bahasa Bahasa Bidayuh agak unik berbanding bahasa-bahasa yang lain yang terdapat di Sarawak. Keunikan ini adalah berdasarkan sebutan,pertuturan, gerak gaya dan alunan yang dipertuturkan. Lazimnya, bahasa Bidayuh akan berubah intonasi dan bahasa mengikut kampung dan daerah tertentu. Hal ini menyebabkan suku kaum ini sukar untuk berkomunikasi dengan satu sama lain sekiranya mereka adalah suku atau dari daerah yang berlainan. Sebagai contoh, suku Bidayuh dari kawasan Serian menyebut "makan" ialah "ma-an" manakala suku Bidayuh dari kawasan Padawan pula menyebut "makan" sebagai "man".


Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Bagi Kaum wanita masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap adalah termasuk baju berlengan pendek atau separuh lengan dan sepasang kain sarung berwarna hitam paras lutut yang dihiasi dengan manik manik halus pelbagai warna disulami dengan kombinasi warna utama iaitu putih, kuning dan merah. Tudung kecil separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah atau penutup kepala daripada kain berwarna warni dengan sulaman manik halus adalah pelengkap hiasan kepala wanita masyarakat Bidayuh. Kaum lelaki masyarakat Bidayuh pula lazimnya mengenakan sepasang persalinan berbentuk baju hitam separa lengan atau berlengan pendek dengan sedikit corak berunsur flora dan seluar hitam atau cawat yang berwarna asas seperti biru, merah dan putih. Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan kepala kaum lelaki. Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Bagi Kaum wanita masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap adalah termasuk baju berlengan pendek atau separuh lengan dan sepasang kain sarung berwarna hitam paras lutut yang dihiasi dengan manik manik halus pelbagai warna disulami dengan kombinasi warna utama iaitu putih, kuning dan merah. Tudung kecil separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah atau penutup kepala daripada kain berwarna warni dengan sulaman manik halus adalah pelengkap hiasan kepala wanita masyarakat Bidayuh. Kaum lelaki masyarakat Bidayuh pula lazimnya mengenakan sepasang persalinan berbentuk baju hitam separa lengan atau berlengan pendek dengan sedikit corak berunsur flora dan seluar hitam atau cawat yang berwarna asas seperti biru, merah dan putih. Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan kepala kaum lelaki masyarakat ini.


Kaum Melanau
contoh pakaian melanau

Orang Melanau ialah salah satu kaum utama di negeri Sarawak. Dahulunya, sama seperti kaum Iban, kaum Melanau juga tinggal di dalam rumah panjang (yang dibina dengan tinggi). Namun, masyarakat Melanau pada masa kini telah mengubah cara kehidupan mereka dengan tinggal di dalam rumah kampung yang mengikut corak orang Melayu.Kebanyakannya dibina di tepi sungai dan berdekatan dengan pantai. Masyarakat Melanau merupakan suku yang beragama Islam dan Kristian namun terdapat juga yang mempercayai makhluk ghaib yang dipanggil Ipok. ini merupakan rentetan cerita lisan masyarakat ini sendiri yang dikatakan satu kepercayaan berasaskan adat masyarakat.
Suku etnik Melanau berkumpul di persisiran pantai seperti kawasan lembah utara Sungai Rajang, Igan, Mukah, Dalat, Oya, dan Bintulu. Masyarakat yang terawal di Sarawak menetap di Mukah

Perayaan Kauldisambut oleh orang Melanau dengan meriah pada bulan Mac/April setiap tahun dalam bulan Pengejin mengikut kalender Melanau. Perayaan ini diadakan untuk menjamu ipok yang mengawal laut. Tujuannya untuk memperoleh tangkapan yang memuaskan dan selamat semasa berada di laut serta mengelakkan pelbagai wabak dan penyakit. Perayaan ini melambangkan berakhirnya musim hujan dan kedatangan atau permulaan musim menangkap ikan. Dalam hari ini, serahang akan disediakan untuk menjamu ipok. Serahang adalah diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah dengan memasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai atau rokok daun, dan sirih ke dalamnya. Walau bagaimanapun, perayaan ini datang dengan keghairahan dan kegembiraan.
Selain Pesta Kaul yang disambut meriah setiap tahun, terdapat budaya yang masih utuh diamalkan oleh masyarakat Melanau khususnya yang melibatkan peristiwa kematian ahli keluarga. Walau bagaimanapun, amalan tersebut berbeza-beza mengikut daerah dan kampung. Bagi masyarakat Melanau yang mendiami daerah Matu, amalan yang berkaitan dengan kematian sudah banyak dipengaruhi oleh agama Islam. Selepas selesai majlis pengebumian, ahli keluarga akan bersedia untuk mengadakan upacara "sare" iaitu seperti rumah terbuka selama 7 malam berturut-turut. Rumah keluarga si mati akan dikunjungi oleh sanak saudara dan masyarakat setempat. Akan tetapi ia sudah dipengaruhi oleh agama Islam secara dengan majlis tahlil, bacaan yassin, sembahyang berjemaah, dan kenduri arwah. Adalah fenomena biasa bagi satu keluarga Melanau yang orang tuanya menganuti agama tradisional, dan anak-anak menganuti agama Islam dan Kristian.



Kaum Kadazan
contoh pakaian kaum kadazandusun

Kadazan ialah kelompok etnik bumiputera bagi negeri Sabah di Malaysia. Kebanyakan mereka tinggal di sebelah pantai barat Sabah, namun terdapat juga di kawasan pedalaman. Disebabkan kesamaan dalam budaya dan bahasa dengan orang Dusun, dan juga atas sebab inisiatif politik, istilah baharu "Kadazandusun" diwujudkan bagi menggabungkan mereka. Bersama, mereka merupakan kelompok etnik terbesar di Sabah. Agama orang-orang Kadazan dahulu adalah "Momolianisme". Sekarang, kebanyakan telah bertukar agama kepada Kristian dan Islam. Majoriti orang-orang Kadazan yang beragama Kristian adalah "Katolik". perayaan yang akan disambut mereka pada penghujung bulan mei ialah hari kaamatan.

Kaum Murut
contoh pakaian kaum murut
     
Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta wilayah perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak. Suku kaum Murut adalah suku kaum ketiga terbesar di Sabah.
Tempat tinggal mereka termasuk Tenom, Kemabong, Pensiangan, Tawau (Merotai dan Kalabakan), Tongod (Pinangah dan Inarad) dan Keningau. Dahulu mereka tinggal di dalam rumah panjang dan hidup harmoni dalam keluarga besar. Kebanyakan mereka adalah petani berpindah, memburu dan menangkap ikan di sungai. Mereka juga mejalankan memungut hasil hutan seperti(damar, rotan dan madu lebah).Pada masa kini kaum murut sudah ada yang bekerja di perkhidmatan dalam sektor awam dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertahanan.
Perkataan ‘Murut’ merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah. Murut terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan, Beaufort dan Kinabatangan. Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung atau Tirong, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan, Murut Serundung, Murut Agabag atau Ahavah,Tanggara atau Tanggala, Kolor atau Kolod atau Akolod, Murut Nabai, Murut Gana atau Hana dan Murut Lundayeh dan Lun Bawang. Dimana kaum Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang. Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan. Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain seperti Lun Bawang/Lun Dayeh. Ini disebabkan faktor geografi sebagai penghalang dalam komunikasi bahasa mereka.
Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah panjang yang berhampiran dengan kawasan sungai atau membuat penempatan sepanjang sungai. Mereka tinggal di dalam rumah panjang yang menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Tetapi terdapat juga kaum Murut yang tinggal dan membina penempatan secara individu di sepanjang sungai. Suku kaum Murut pakar dalam membuat perahu dan menurunkan kepakaran mereka kepada generasi seterusnya. Selain itu kaum Murut pakar dalam berburu dan masih mengamalkan tradisi bertatu seperti kaum Iban di Sarawak tetapi tradisi ini semakin kurang di lakukan oleh generasi muda suku kaum ini.
Kaum Murut juga menyambut perayaan seperti Hari Raya, Hari Krismas, Tahun Baru, Majlis harijadi, pengembumian dan Pesta Kalimaran dan lain-lain. Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum kadazan-Dusun yang menyambut pesta Kaamatan. Ia di sambut selepas mereka menuai padi. Kaum Murut masa kini, telah mengalami proses kemodenan dan ramai yang berkerja sebagai kakitangan kerajaan dan bukan kerajaan. Mereka juga tinggal di bandar-bandar besar dan mempunyai pekerjaan profsional. Namun demikian, Kaum Murut ini masih lagi mengamalkan adat istiadat yang diamalkan oleh nenek moyang mereka sebagai adat turun temurun yang mempunyai nilai estetika tinggi dalam kehidupan.



Tarian kaum di Malaysia


  •  Kaum iban


  • Kaum Orang Ulu

  •  Kaum Melanau


  •  Kaum Bidayuh
  •  Kaum kadazandusun

  •  Kaum Murut


  •  Kaum India


  •  Kaum Cina


  •  Kaum Melayu